Sunday, October 4, 2009
masa kutip timun sudah tiba
Teknik fertigasi sekali lagi telah berjaya di gunakan tetapi dengan pemantauan sepenuhnya .dengan teknik ini pokok 2 timun diladang batu 20 hulu langat telah dapat di petik sebanyak 300kg bagi kapasiti pokok sebanyak 1500pkk .Bila cerita macam nie je ramai yg berminat dgn teknik fertigasi dengan sangkaan jika guna teknik fertigasi kita boleh tanam dan tinggal .bagi saya tiada benda yg boleh di tinggal tanpa pemantauan . tanaman juga perlu di belai mcm manusia juga baru le akan menghasilkan pengeluaran yg lumaian.kenapa ramai yg berpendapat teknik fertigasi adalah teknik tanaman yg mudah.adakah kerana x payah angkut air ke setiap pokok.mmg le fertigasi tu sistem pengairan dan pembajaan dilakukan serentak ,tetapi kita kena ingat sistem pengairan juga perlu di periksa selalu ,jika tidak air dan baja tidak akan sampai ke pokok.bab nie le yg org ramai buat x kisah .dia ingat boleh tanam dan tinggal .jangan pulak bila dah guna teknik fertigasi ,kita dah x payah buat pengawalan serangga.pengawalan serangga juga amat penting .sekali lagi kita kena ingat fertigas nie cuma pengairan dan pembajaan saja yg di buat secara optimum. racun kena juga .x kisah ke guna racun kimia ataupun secara organik.apa 2 pun fertigasi nie adalah teknik penanaman secara moden yg dapat memudahkan, menjimat wang ,tenaga kerja dan masa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment