Bersyukur kami ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan
hidayahnya dapat saya menyempurnakan matlamat2 bagi bagi tahun 2008
Perancangan yang teliti dan tepat dengan mengambil kira faktor-faktor yang
berkaitan adalah perlu kerana ianya saling berkaitan dan mempengaruhi
keputusan yang akan dibuat. Kesilapan dalam membuat perancangan akan
mengakibatkan objektif dan matlamat yang telah ditetapkan sukar dicapai.
Di sini juga kami ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada mereka2 yang terlibat dalam menjayakan matlamat2 tersebut,didalam memperkasan ilmu2 didalam bidang2 pertanian ini juga mereka seperti saudara nasir dan En muzahar telah banyak berkongsi ilmu mengenai masalah2 berkaitan penyakit2 tumbuhan dan kaedah penyelesaian.tidak lupa juga En marzuki dari my-fertigasi yg sudi berkongsi ilmu mengenai selok belok dunia perniagaan .Rakan2 seperjuangan di UEM dahulu telah sedikit sebanyak membantu dalam mendapatkan pembekal2 alatan2 pengairan ,sehingga saya dapat membekalkan peralatan2 pengairan pada harga yang agak murah.Forum BICARA JUTAWAN juga telah membuatkan saya mempunyai ramai kenalan dalam bidang pertanian kususnya tanaman cili .mereka2 ini juga banyak memberi idea yg membuatkan pelaksanaan bejalan lebih pantas.
Saya juga tidak akan berjaya jika tidak medapat sokongan yang teguh dari isteri yang bernama Nur an nisaa ,beliau juga sanggup berpanas membantu saya bagi memastikan matlamat2 saya bagi tahun 2008 tercapai.kesangupanya membantu saya membungkus baja2 yg di pesan sehingga lewat pagi bagi memastikan pengedaran dapat dilakukan tepat pada masa .
Tanpa berkat doa kedua ibubapa juga saya tidak akan sampai ketahap ini .jadi di sini saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibubapa saya juga sanggup berhujan dan berpanas bagi memastikan tanaman anak meraka menjadi dan membuahkan hasil yang lumayan.Adik beradik saya seperti angah ,alang, udin dan arif .mereka inilah orang yang telah banyak membantu dalam menyiapka tapak projek tanaman saya .
akhir sekali saya mengucapakan ribuan terima kasih kepada mereka2 yang telah membantu saya bagi menjayakan matlamat 2 saya bagi tahun 2008
Disini saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat TAHUN BARU 2009 kepada mereka2 yang megenali saya .semoga tahun 2009 menjadi tahun yang lebih baik
Wednesday, December 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment