Pages - Menu

Sunday, January 6, 2008

INFO PASAL BENDI

Bendi

Bendi merupakan sejenis buah yang dimakan sebagai sayuran yang banyak ditanam di negara-negara ASEAN yang beriklim panas lembap. Bendi banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia berasal dari sebuah tempat yang kini termasuk dalam Habsyah. Sebelum ini, bendi dikelaskan dalam genus Hibiscus, tapi kini telah ditukar kepada Abelmoschus.

Khasiat

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, bendi mengandungi sebanyak 2 peratus protein, 7 peratus karbohidrat dan 1 peratus serat. Selain itu, bendi juga kaya dengan zat galian dan juga vitamin terutamanya kalsium. Bendi juga dikatakan elok untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan traditional, bendi digunakan sebagai perangsang membuang air kecil, merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.

Kesimpulan

Orang Melayu daripada dahulu telahpun mengetahui khasiat dan telah menafaatkan pelbagai jenis tumbuhan yang tumbuh merata sebagai makanan harian atau sebagai ubatan. Pada masa kini, pengetahuan yang memakan masa bergenerasi untuk dikumpulkan kini terancam untuk pupus begitu sahaja. Oleh itu, marilah bersama-sama menghargai setiap tumbuhan yang terdapat disekitar serta berganding bahu untuk memelihara, memulihkannya dan merakamkan kegunaannya. Semoga apa yang kita ada akan terus berkekalan untuk tinggalan generasi yang akan datang agar mereka juga merasai nikmat yang masih kita rasai pada masa kini.

No comments: